Wednesday, 12 June 2013

Kisah Bethany Hamilton


Bethany Hamilton....? Siapa dia tu ye. Korang pun mesti tak kenal dia kan. Nama dia sebenarnya ialah Bethany Meilani Hamilton. Dia merupakan seorang peluncur(surfer) air professional di Amerika. Beliau lahir pada 8 Februari 1990 di Lihue, Hawaii.


Beliau dikenali kerana masih hidup selepas serangan ikan jerung yang menggigit tangan kirinya. Setelah mengalami kecederaan, Bethany masih bangkit untuk meneruskan hidupnya dengan kembali meluncur di air yang sentiasa menjadi minatnya sejak dari kecil. Dia ada jugak menulis kisah pengalaman hidupnya pada tahun 2004 mengenai autobiografi "Soul Surfer: A True Story of Faith, Family, and Fighting to Get Back on the Board".

Pada bulan April 2011, sebuah filem Soul Surfer telah ditayangkan berdasarkan buku dan interview. Dia juga banyak keluar di rancangan televisyen sejak kehilangan lengannya untuk memberi semangat dan inspirasi kepada orang ramai tentang kehidupan.


Kisah Serangan Ikan Jerung & Pemulihan daripada Serangan itu.
Pada 31 Oktober 2003 ketika usianya 13 tahun, Bethany pergi untuk meluncur air pada waktu pagi di sepanjang Tunnels Beach, Kauai dengan rakan baiknya Alana Blanchard dan bapa serta adik Alana. Sekitar jam 7.30 pagi, dengan kelihatan banyak penyu di kawasan itu dia berbaring di atas papan selancarnya dengan lengan kirinya terkapai-kapai di dalam air. Pada 14 hingga 15 kaki seekor ikan jerung telah menyerangnya lalu memutuskan tangan kiri beliau hanya di bawah bahu . Bapa Alana membantu dia kembali ke pantai dan membalut di sekeliling tunggul lengan Bethany sebelum dia dikejarkan ke Hospital Memorial Wilcox. 


Apabila dia tiba di sana dia telah kehilangan lebih 60% daripada darahnya dan berada dalam kejutan hypovolaemic. Bapanya, yang dijadualkan untuk menjalani pembedahan lutut pagi itu sudah pun berada di hospital tetapi dia pulak yang kena mengambil tempat di dalam bilik pembedahan tu. Bethany menghabiskan tujuh hari dalam pemulihan di hospital tersebut. Beliau telah ditemuramah  oleh wartawan dan saksi selama beberapa hari. Apabila dia menjawab soalan, dia memberitahu bahawa dia berasa biasa apabila dia telah digigit dan tidak merasa begitu sakit dari gigitan ketika serangan itu berlaku tetapi dia benar-benar berasa kebas apabila dia berada di dalam ambulans.

Apabila berita tersebar tentang serangan jerung itu, satu keluarga nelayan yang diketuai oleh seorang lelaki bernama Ralph Young telah memberikan petunjuk kepada polis dan penyiasat. Mereka telah menangkap  dan membunuh 15 kaki panjang ikan jerung kira-kira satu kilometer dari tapak serangan yang telah berlaku kepada Bethany. Jerung tersebut mempunyai beberapa cebisan papan selancar di dalam mulutnya. Mulut jerung tersebut telah diukur dengan papan selancar Bethany yang patah serta telah dipadankan. Pada tahun 2004, pihak polis secara rasmi mengesahkan bahawa jerung tersebut yang menyerang Bethany Hamilton.


Walaupun trauma daripada kejadian itu, Hamilton bertekad untuk kembali meluncur. Kurang daripada satu bulan selepas kejadian itu dia kembali ke dalam air. Pada mulanya, dia pakai papan adat buatan yang lebih panjang dan sedikit lebih tebal daripada standard dan mempunyai pemegang untuk lengan kanannya untuk menjadikannya lebih mudah untuk pegang. Selepas belajar untuk meluncur dengan satu tangan, pada 10 Januari 2004, dia memasuki pertandingan utama. 

Apa yang buat eira berminat tentang kisah dia ni mula2 bila eira tengok movie tajuk dia Soul Surfer yang dilakonkan oleh Annasophia Robb. Mula2 eira tak kenal pun Bethany Hamilton tu siapa. Tapi bila dah tengok movie nie, baru eira tahu sebenarnya movie ni based on true story. So, apa lagi. Eira terus search pak cik Google. 


Bukan eira nak cakap Bethany Hamilton seorang je kat dalam dunia ni macam tu. Ada ramai orang yang kurang upaya macam dia. Tapi apa yang buat eira bangga pasal dia sebab dia menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai. Besides, dia banyak bagi inspirasi dekat orang luar sana agar tidak mudah jatuh dengan kelemahan apa yang kita ada. 

Selalunya, kita selalu tengok orang mudah putus asa dengan kehidupan. Tapi dia dalam keadaan macam tu masih mampu bangkit untuk berjuang dalam hidupnya. Dia tidak pernah malu. Dia juga selalu buat kebajikan. Misalnya dia pernah pergi ke Thailand semasa kejadian Tsunami melanda negara tersebut untuk membantu kanak-kanak, serta orang ramai yang telah kehilangan. 

1 comment:

  1. cerita die saya ada tengok kat TV, kisah benar,,memang sadis la cerita die, tapi die tak putus asa nak hidup semula sebagai peluncur terhebat =D

    ReplyDelete